Malaysia rangka pelan strategik, perkukuh kelestarian industri getah

Malaysia rangka pelan strategik, perkukuh kelestarian industri getah

JOHARI Abdul Ghani (dua kanan) ketika sesi bergambar pada majlis pembukaan Persidangan Ekonomi Getah Antarabangsa (IREC) di The Westin Kuala Lumpur di sini, hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang merangka Pelan Strategik Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2026-2030 bertujuan memperkukuh kelestarian dan pembangunan industri getah negara.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pelan itu disusun berasaskan empat tonggak utama antaranya meningkatkan produktiviti getah dan memajukan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Katanya, ia sebagai usaha berdepan pelbagai cabaran dalam industri getah asli (NR) susulan peningkatan permintaan produk lestari di peringkat global.

“Dengan permintaan global terhadap produk lestari yang terus meningkat, adalah penting untuk kita menangani cabaran alam sekitar, sosial dan ekonomi dalam industri getah asli yang muncul seiring pertumbuhan ini.

“Amalan lestari dalam pengeluaran NR adalah penting bukan sahaja untuk melindungi ekosistem kita, tetapi juga untuk memastikan mata pencarian pekebun kecil dan kelangsungan jangka panjang industri,” katanya ketika berucap sempena merasmikan Persidangan Industri Getah Antarabangsa (IREC) 2025.

Tambah Johari, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) juga komited memastikan industri getah tempatan memenuhi keperluan lestari antarabangsa menerusi pelaksanaan inisiatif Getah Asli Mampan Malaysia (MSNR).

Katanya, pelaksanaan itu dijangka menjadi pemangkin dalam menyokong peningkatan pengeluaran getah domestik, selaras dengan permintaan antarabangsa yang semakin meningkat

“Amalan lestari dalam pengeluaran NR adalah penting bukan sahaja untuk melindungi ekosistem kita, tetapi juga untuk menjamin mata pencarian pekebun kecil dan memastikan kelangsungan jangka panjang industri.

“Melalui MSNR, penggunaan getah yang dihasilkan secara tempatan diberi keutamaan berbanding import, sekali gus mengurangkan aliran keluar modal dari negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×