Polis kesan Nur Atiqah Farhah

Polis kesan Nur Atiqah Farhah

NUR ATIQAH FARHAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak 26 September lalu. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan pada 5.57 petang semalam berkait kehilangan remaja berkenaan dikenali sebagai Nur Atiqah Farhan Abdullah.

Katanya, kali terakhir dia dilihat di sekolahnya di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang sebelum dilaporkan hilang pada pukul 6 petang, 26 September lalu 

“Remaja terbabit dengan fizikal kurus tinggi berketinggian 159 sentimeter, berat 45 kilogram serta pakaian terakhirnya adalah baju sekolah warna putih, kain biru,  bertudung putih dan membawa beg hitam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan. 

“Orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222, atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd. Zamri Mohd. Nor di talian 0102848761,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×