PTPTN lancar BMS

PTPTN lancar BMS

DR. ANESEE Ibrahim (berdiri, tengah) bergambar bersama pasukan juara Pertandingan Action Song Simpan SSPN 2025 Peringkat Kebangsaan yang menerima replika kad berjumlah RM3,750.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2025 bersempena dengan sambutan Hari Tabungan Sedunia yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun.

Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) merupakan program signature PTPTN dalam memartabatkan amalan penabungan dan mempromosikan Simpan SSPN sebagai produk simpanan pilihan utama masyarakat Malaysia.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Anesee Ibrahim berkata, penabungan untuk pendidikan tinggi merupakan pelaburan jangka panjang yang penting dalam usaha membina masa depan anak-anak.

“Dalam menghadapi kos pendidikan yang semakin meningkat, menabung dari awal ialah satu persediaan bijak dan bertanggungjawab,” katanya.

Majlis Pelancaran Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2025 di Central i-City Mall, Shah Alam, Selangor.

Tahun 2025 merupakan tahun kelapan penganjurannya sejak 2018.

Program BMS bermula pada 26 September 2025 hingga 2 November 2025 dan majlis pelancaran pada hari ini adalah bagi peringkat nasional serta diadakan serentak di seluruh negara di lokasi-lokasi terpilih.

Menurut Anesee, sehingga 31 Ogos lalu, jumlah deposit Simpan SSPN yang diterima adalah sebanyak RM22.31 bilion dengan 7.09 juta akaun yang telah dibuka.

Tambah beliau, prestasi ini membuktikan Simpan SSPN terus cemerlang sebagai produk simpanan terbaik dan sokongan pendeposit kekal utuh.

“Pada BMS tahun ini, PTPTN menetapkan sasaran jumlah terimaan deposit Simpan SSPN sebanyak RM220 juta,” ujarnya.

Simpanan merupakan simbol kasih sayang, tanggungjawab dan harapan agar anak-anak dapat melangkah lebih jauh, lebih berani dan lebih yakin dalam mengejar impian pendidikan mereka.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk disertai oleh ibu bapa dan anak-anak antaranya Pertandingan Mewarna, Pertandingan Action Song, PTPTN Esport Challenge dan Baby Merangkak Race.

Orang ramai yang berkunjung ke kaunter PTPTN turut berpeluang untuk mendapatkan cenderahati eksklusif BMS 2025 yang menarik melalui penabungan dalam Simpan SSPN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×