Bayi satu tahun maut, lapan cedera kemalangan empat kenderaan

Bayi satu tahun maut, lapan cedera kemalangan empat kenderaan

Bayi maut
PASUKAN bomba sedang menyelamatkan mangsa kemalangan dekat Plaza Tol Bukit Kajang, Lebuhraya Kajang SILK, di Kajang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Seorang bayi lelaki berusia dalam lingkungan satu tahun maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan dekat Plaza Tol Bukit Kajang di Lebuhraya Kajang SILK, pagi tadi.

Kemalangan melibatkan Nissan X-Trail milik Jabatan Kerja Raya Shah Alam, Honda City, Proton X70 dan sebuah lori tiga tan membawa muatan barangan lusuh.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11 pagi sebelum menggerakan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi ke tempat kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bayi berkenaan tersepit di bawah sebuah Nissan X-Trail dan berjaya dikeluarkan pada pukul 11.30 pagi, namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan.

“Seorang lelaki dewasa yang turut tersepit di bawah kenderaan sama berjaya diselamatkan pada pukul 11.20 pagi dan dihantar ke hospital manakala tujuh lagi mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital sebelum pasukan bomba tiba,” katanya kepada pemberita, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini