Teknologi moden jimat tenaga pekebun getah

Teknologi moden jimat tenaga pekebun getah

AHMAD Zahid Hamidi merasmikan program Risda Madani (PRISMA) Sabah 2025 di Padang Pekan Kota Belud, Sabah hari ini. UTUSAN/HARDY JOE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BELUD: Penggunaan teknologi moden membolehkan pekebun menjimatkan tenaga selain terus mengeluarkan susu getah walaupun berlaku hujan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata teknologi baharu bukan sahaja dapat menjimatkan tenaga, malah berupaya melakukan kerja mengeluarkan susu getah walaupun musim hujan.

“Malaysia masih ketinggalan dalam pengeluaran getah lateks di peringkat global sehingga terpaksa mengimport bahan itu dengan perbelanjaan mencecah RM6 bilion,” katanya.

“Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) disaran memperkenalkan teknologi baharu dalam proses penorehan getah bagi membantu pekebun kecil berdepan cabaran kekurangan pekerja dan musim tengkujuh,” katanya selepas merasmikan program Risda MADANI (PRISMA) Sabah 2025 di Padang Pekan Kota Belud, di sini hari ini.

Ahmad Zahid juga berkata, Risda bersetuju membina depoh getah baharu sekurang-kurangnya satu di setiap daerah untuk meningkatkan pengeluaran lateks tempatan.

“Sudah tentu kita mahu depoh berkenaan dilengkapi teknologi tinggi serta pekerja pakar bagi mempertingkatkan pengeluaran getah lateks.

“Langkah itu dapat mengurangkan kebergantungan import sekali gus berupaya menjadikan Malaysia antara pengeluar utama lateks pada masa depan,” katanya.

Sehubungan itu juga, beliau berharap RISDA mencari kaedah terbaik memastikan getah asli kekal menjadi bahan utama dalam industri berkaitan di negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×