Penyelidik UTHM raih pengiktirafan global, masuk senarai 2 peratus saintis

Penyelidik UTHM raih pengiktirafan global, masuk senarai 2 peratus saintis

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus mencipta nama di peringkat antarabangsa apabila tiga pensyarahnya diiktiraf dalam kelompok dua peratus saintis terbaik dunia oleh Elsevier dan Stanford University.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus mencipta nama di peringkat antarabangsa apabila tiga pensyarahnya diiktiraf dalam kelompok dua peratus saintis terbaik dunia oleh Elsevier dan Stanford University.

Tiga pensyarah berkenaan ialah Profesor Dr. Erween Abd Rahim dan Profesor Madya Dr. Ong Pauline dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) serta Profesor Madya Dr. Lee Te Chuan daripada Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP).

Senarai berprestij itu melibatkan penilaian lebih sejuta penyelidik seluruh dunia berdasarkan impak penerbitan, sitasi serta sumbangan kepada komuniti akademik antarabangsa.

Naib Canselor UTHM, Profesor Dr. Mas Fawzi Mohd Ali, menyifatkan kejayaan itu sebagai bukti keupayaan warga akademik universiti bukan sahaja aktif menghasilkan penemuan baharu, malah mendapat pengiktirafan global.

“UTHM akan terus menyokong pembangunan penyelidikan melalui penyediaan fasiliti moden, geran penyelidikan, jaringan kolaborasi dan program pembangunan bakat.”

Sementara itu, Erween berkata pengiktirafan kali ini amat bermakna kerana mengekalkan kedudukannya dalam senarai “Stanford University Top 2 % Scientists” selama lima tahun berturut-turut sejak 2021.

Kejayaan ini sekali gus memperkukuh aspirasi UTHM sebagai universiti teknikal terunggul yang menyumbang secara signifikan kepada pembangunan negara melalui inovasi dan penyelidikan bertaraf dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×