Notis tunjuk sebab Shafie Apdal sedia untuk diserahkan - Utusan Malaysia

Notis tunjuk sebab Shafie Apdal sedia untuk diserahkan

MOHD. SHAFIE APDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Notis tunjuk sebab terhadap Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal kerana menghina mahkamah telah disiapkan.

Pengarah Pendakwaan Negeri, Nahra Dollah ketika ditemui mengesahkan perkara itu, namun tidak menyatakan secara spesifik bila notis tersebut akan diserahkan kepada Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah itu.

Pada 22 September lalu, Mahkamah Koroner memerintahkan agar satu notis tunjuk sebab kerana menghina mahkamah dikeluarkan kepada Mohd. Shafie atas kenyataan yang dibuat berhubung inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Ia rentetan kenyataan yang dibuat oleh Mohd. Shafie dalam satu majlis di Sandakan.

Pada ucapan yang turut disiarkan di platform Facebook, Mohd. Shafie menyatakan kematian Zara Qairina adalah satu pembunuhan dan mempersoalkan tatacara siasatan polis dan pakar patologi forensik.

Mohd. Shafie merupakan individu kedua yang dikenakan notis tunjuk sebab kerana menghina mahkamah berkaitan inkues kematian remaja terbabit.

Pada 10 September lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengeluarkan notis serupa terhadap aktivis, Che Muna Din atau lebih dikenali sebagai Mona Din yang dalam hantaran di Facebook miliknya mempertikaikan keterangan Pakar Patologi Forensik Hospital Queen Elizabeth, Dr. Jessie Hiu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×