Polis Kelantan gesa kerjasama syarikat kurier banteras dadah

Polis Kelantan gesa kerjasama syarikat kurier banteras dadah

MOHD. Yusoff Mamat (tengah) sedang memeriksa barisan pada Perhimpunan Bulanan Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan. -  UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis  menggesa syarikat kurier meningkatkan kerjasama dengan pihak berkuasa bagi membanteras kegiatan penyeludupan dadah melalui perkhidmatan penghantaran.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, gesaan itu dibuat susulan beberapa kes tangkapan melibatkan penyeludupan pil kuda menggunakan perkhidmatan kurier dikesan sebelum ini.

Katanya, pekerja kurier perlu lebih peka dan tidak mengambil mudah sekiranya menerima bungkusan yang mencurigakan.

“Pihak kurier diminta supaya lebih berhati- hati dan sekiranya pekerja menerima bungkusan yang mencurigakan boleh meminta ia dibuka terlebih dahulu.  Jika timbul syak wasangka terhadap barangan pelik, segera memaklumkan kepada pihak berkuasa,” katanya dalam sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Terdahulu, cubaan sindiket pengedaran dadah untuk menyeludup sebanyak 450,000 biji pil kuda bernilai RM1.78 juta ke Malaysia menggunakan perkhidmatan kurier gagal selepas pihak berkuasa Thailand menjalankan serbuan di sebuah pusat kurier di Sai Thong 4, Sungai Golok dekat sini, kelmarin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×