Cik Ros: Tribute kepada Rosminah Tahir

Cik Ros: Tribute kepada Rosminah Tahir

PERSEMBAHAN teater Cik Ros di Dewan Bahasan dan Pustaka kelmarin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ketokohan Dr. Rosminah Tahir atau lebih sinonim dengan panggilan Cik Ros dalam seni persembahan pentas teater mendorong sekumpulan pengkarya industri seni persembahan itu mementaskan sebuah cerita berdasarkan penglibatan Allahyarham beberapa dekad dalam bidang berkenaan.

Teater Cik Ros menjadi sumber inspirasi bagi Abada Global Resources & CTRA Production dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Cik Ros memiliki ciri-ciri luar biasa yang membezakannya daripada yang lain.

Ketekunannya dalam bekerja dan dedikasinya terhadap seni membuatkan setiap projek yang dihasilkan menjadi luar biasa.

Allahyarhamah sentiasa mengutamakan kerjasama, mendengar idea rakan-rakannya dan memberi dorongan kepada mereka untuk mencurahkan kreativiti mereka.

Semangat dan kebaikan Cik Ros menjadikan beliau bukan hanya seorang karyawan yang hebat, tetapi juga seorang mentor dan sahabat.

Cerita ini membawa penonton kepada pengalaman sahabat tenaga produksi dalam sebuah produksi teater yang ikonik iaitu Lantai T.Pinkie yang bukan sahaja mengubah dunia teater, tetapi juga menginspirasi mereka yang berpeluang mengenalinya.

Teater Lantai T.Pinkie dan Nyonya telah dipentaskan sebanyak lapan kali di bawah pengarahan Allahyarhamah Dr Rosminah Tahir, menunjukkan bahawa kejayaan sejati terletak pada kemampuan untuk memberi inspirasi dan mengangkat orang lain, menjadikan setiap pentas sebagai tempat yang penuh dengan cahaya dan harapan.

Allahyarhamah Dr. Rosminah Tahir atau lebih sinonim dengan panggilan Cik Ros, menjadi sumber inspirasi bagi semua orang di sekelilingnya. Cik Ros memiliki ciri-ciri luar biasa yang membezakannya daripada yang lain.

 

Ketekunannya dalam bekerja dan dedikasinya terhadap seni membuatkan setiap projek yang dihasilkan menjadi luar biasa.

Allahyarhamah sentiasa mengutamakan kerjasama, mendengar idea rakan-rakannya dan memberi dorongan kepada mereka untuk mencurahkan kreativiti mereka. Semangat dan kebaikan Cik Ros menjadikan beliau bukan hanya seorang karyawan yang hebat, tetapi juga seorang mentor dan sahabat.

Cerita ini membawa penonton kepada pengalaman sahabat tenaga produksi dalam sebuah produksi teater yang ikonik iaitu Lantai T.Pinkie yang bukan sahaja mengubah dunia teater, tetapi juga menginspirasi mereka yang berpeluang mengenalinya.

Teater Lantai T.Pinkie dan Nyonya telah dipentaskan sebanyak lapan kali di bawah pengarahan Rosminah, menunjukkan bahawa kejayaan sejati terletak kepada kemampuan untuk memberi inspirasi dan mengangkat orang lain, menjadikan setiap pentas sebagai tempat yang penuh dengan cahaya dan harapan.

Maka langkah yang diambil oleh bada Global Resources & CTRA Production untuk menggerakkan usaha mementaskan Cik Ros ini amat signifikan sebagai menghargai sumbangan allahyarhamah dalam seni pementasan teater.

Syarikat berkenaan bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Persatuan Gerakan Anak Seni (GAS) serta mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac).

Dua penerbit juga bergabung tenaga Fauzan Lazi dan Siti Rohayah Atan dan diarahkan oleh Hamzah Tahir. Beberapa pelakon teater tersohor tanah air menggalas tanggungjawab menghidupkan watak menjadikan teater berkenaan satu pengabadian karya kepada Rosminah Tahir.

Datuk Tamimi Siregar, Datuk Ziela Jalil, Liza Abdullah serta Amy Mastura antara pendukung watak yang memberi impak kepada jalan cerita teater berkenaan.

Sepanjang pembabitannya dalam pementasan teater Rosminah antara lain menulis skrip teater muzikal Ibu Zain, Lantai T, Pinkie, Mahsuri, Anugerah, dan mengarahkkan teater muzikal Tun Mahathir, Rebab Berbisik dan Nyonya.

Allahyarhamah juga pernah menjadi pensyarah sambilan di Universiti Malaya, Akademi Seni Kebangsaan, pensyarah sambilan di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Dengan kata lain, Allahyarhamah mengabdikan seluruh hidupnya dengan seni persembahan pentas itu dalam pelbagai bentuk sumbangan.

Pengarah teater Cik Ros, Hamzah Tahir yang merupakan adik Allahyarham menyifatkan Rosminah seorang yang teliti dalam berkarya.

“Beliau juga suka menyimpan rekod rekod lama kerjayanya dalam bentuk keratan laporan akhbar dan gambar gambar lama,” ujarnya kepada Mingguan Malaysia.
Allahyarham juga meninggalkan bahan-bahan dokumen dengan sangat teratur sejak dari remaja.

“Beliau pada saya seorang tokoh teater dan menjadi inspirasi kepada pengkarya teater lain,” ujar Hamzah lagi.

Sepanjang hidupnya Rosminah pernah meluahkan harapan supaya seni teater ini dimasukkan dalam silibus pelajar dan bukan hanya dimasukkan semasa subjek seni sahaja.

“Kalau pendidikan jasmani boleh (dimasukkan dalam silibus pendidikan) kenapa teater tidak,” ujar Rosminah.

Hamzah berkata, mungkin masih ramai merindui karya karya Rosminah sejak meninggal dunia kira-kira setahun yang lalu.

Namun katanya, tabiat Allahyarham yang suka menyimpan dokumen berharga sepanjang kerjayanya.

“Saya rasa ia patut menjadi inspirasi penggiat teater lain,” ujarnya sambil berharap teater Cik Ros boleh menjadi pengubat rindu kepada penggemar karya karya Rosminah.

Cik Ros merupakan satu karya pengabadian kepada Allahyarham selain tribute bermakna kepadanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×