MIHAS lonjak peniaga tempatan ke pasaran global

MIHAS lonjak peniaga tempatan ke pasaran global

RERUAI pempamer dari pelbagai negara menarik perhatian pengunjung MIHAS 2025 di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pameran Antarabangsa Halal Malaysia (MIHAS) kembali menjadi platform utama bagi usahawan luar dan juga tempatan memperkenalkan produk halal ke peringkat global, sekali gus membuka peluang lebih luas untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pegawai Perolehan dan Pencarian Sumber Euro Arcade, Sarah J Salomon berkata, MIHAS telah membantu memberi peluang kepada syarikat miliknya untuk memperkenalkan rangkaian produk halal ke pasaran antarabangsa, selain membuka ruang kerjasama strategik dengan rakan niaga baharu dari pelbagai negara.

“Penyertaan di MIHAS benar-benar membantu kami memahami keperluan pasaran halal antarabangsa, selain membuka ruang untuk Euro Arcade bekerjasama dengan lebih ramai pembekal dari luar negara.

“Kami juga berpeluang bertemu dengan ramai bakal pelanggan dan pembekal baharu yang berpotensi untuk bekerjasama dengan Euro Arcade pada masa depan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Pengasas Bersama Blue Molly, Sherry Kamaruddin berkata, walaupun terdapat banyak produk yang mempunyai persamaan, MIHAS tetap memberi kelebihan kerana membuka akses lebih luas ke pasaran luar, sekali gus meningkatkan peluang untuk syarikatnya menembusi rangkaian antarabangsa.

“Walaupun terdapat banyak produk yang kelihatan hampir sama, MIHAS tetap memberi kelebihan kepada kami kerana ia membuka pintu ke pasaran luar dan membolehkan syarikat menonjolkan keunikan produk kami di peringkat antarabangsa.”, katanya.

MIHAS kali ke-21 dianjurkan selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memantapkan ekosistem halal negara dan menegaskan peranan Malaysia sebagai hab halal global serta pusat rujukan produk halal dunia.

Sementara itu, Pereka Grafik Bumimas Food Industries Sdn. Bhd., Amirul Haizad, berkata penyertaan berterusan syarikatnya dalam MIHAS telah membantu mereka menembusi pasaran luar negara.

“Setiap kali menyertai MIHAS, kami dapat bertemu pembekal dan pelanggan baharu. Ia membantu memperluas rangkaian perniagaan dan meningkatkan potensi eksport,” katanya ketika ditemui. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN