Dunia perlu tegakkan resolusi PBB, lindungi Palestin

Dunia perlu tegakkan resolusi PBB, lindungi Palestin

GINIE LIM SIEW LIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Masyarakat antarabangsa digesa menegakkan setiap resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan menjamin hak penentuan autonomi rakyat bagi mengekalkan tamadun serta ketenteraman global.

Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Ginie Lim Siew Lin berkata, seruan itu seiring dengan pendirian tegas Malaysia yang mahu memastikan keadilan serta keamanan antarabangsa ditegakkan tanpa kompromi.

“Kami menggesa masyarakat global untuk menegakkan setiap resolusi PBB dan hak penentuan autonomi demi menjamin tamadun serta ketenteraman antarabangsa.

“Kami juga menyokong seruan Perdana Menteri kepada pemimpin dunia untuk memastikan flotilla kemanusiaan selamat sampai ke destinasi kerana misi itu adalah untuk membela yang lemah, melindungi yang tertindas dan memberi makanan kepada yang kelaparan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kenyataan tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam di Doha, Qatar semalam jelas membuktikan dedikasi Malaysia dalam menghalang serangan terhadap negara berdaulat serta membebaskan Palestin.

Katanya, Wanita PKR menyokong penuh gesaan kerajaan agar tindakan lebih berat diambil terhadap Israel yang semakin agresif, termasuk serangan terbaharu ke atas Doha.

“Sejak perang Israel ke atas Gaza bermula pada Oktober 2023, rejim Zionis telah memusnahkan infrastruktur, memaksa penduduk meninggalkan rumah mereka, selain memperluas serangan ke Lebanon, Syria, Yaman, Iraq, Iran dan terkini Qatar sehingga menggugat keselamatan serantau,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×