Pemuda dihantui rasa rendah diri 

Pemuda dihantui rasa rendah diri 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
SOALAN
Sejak kecil saya selalu rasa rendah diri.Walaupun sudah dewasa, perasaan itu tetap menghantui hinggakan malu untuk bergaul dengan orang lain. Bagaimana mahu dapatkan semula keyakinan diri?
-Encik Rahsia
JAWAPAN
Perasaan rendah diri sejak kecil memberi kesan mendalam terhadap cara seseorang berfikir dan berinteraksi.
Lama-kelamaan, minda terbiasa dengan pandangan negatif sehingga menyebabkan keyakinan diri menjadi rapuh, sukar bergaul dan takut mencuba perkara baharu.
Namun, keyakinan diri sebenarnya boleh dibina semula melalui usaha berperingkat dan latihan berterusan. Berikut beberapa langkah yang boleh membantu anda:
a)Ubah cara berfikir – Praktik self-talk positif seperti ‘saya mampu’ atau ‘saya layak’. Kenal pasti pemikiran negatif dan gantikan dengan ayat yang lebih positif. Setiap pengulangan akan membantu minda anda untuk menerima maklum balas positif dengan diri sendiri.
b)Belajar bersosial – Belajar berkomunikasi secara ringkas. Mulakan dengan menyapa jiran, berbual dengan rakan sekerja atau menyertai aktiviti khidmat masyarakat dalam kejiranan. Setiap interaksi kecil  akan meningkatkan keyakinan diri yang anda masih diterima oleh orang lain.
c)Fokus kekuatan diri – Kenal pasti kemahiran, bakat atau sifat baik yang dimiliki. Beri tumpuan pada kekuatan diri dan anda akan rasa lebih yakin untuk menonjolkan potensi tersebut di hadapan khalayak ramai.
d)Dapatkan sokongan – Kadangkala meluahkan rasa kepada orang yang dipercayai membantu anda jadi lebih tenang. Dapatkan sokongan daripada kaunselor atau rakan baik untuk berkongsi perasaan sekali gus dapat mengurangkan kesunyian dan mendorong anda keluar dari zon selesa.
e)Elakkan perbandingan –  Perbandingan dengan orang lain akan melemahkan semangat anda. Tukarkan rasa iri hati menjadi inspirasi. Ingatlah, setiap orang mempunyai perjalanan hidup dan masa yang berbeza. Fokus pada kemajuan diri sendiri.
f)Jaga penampilan diri – Penampilan yang kemas, bersih dan teratur dapat memberi kesan besar terhadap keyakinan diri. Hasilnya, lebih mudah untuk anda tampil yakin di hadapan orang lain.
Keyakinan diri boleh dibina semula dengan sikap sabar dan sokongan berterusan. Berilah peluang untuk diri keluar dari belenggu lama secara perlahan-lahan dan  melangkah ke arah kehidupan yang lebih baik.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×