11 keluarga hilang tempat tinggal, rumah kongsi terbakar

11 keluarga hilang tempat tinggal, rumah kongsi terbakar

ANGGOTA bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau memadam kebakaran rumah kongsi di Kampung Tanjung Batu Tengah, Lorong Imam Haji Zainal, Tawau, Sabah, hari ini.-GAMBAR/ IHSAN BBP TAWAU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Sebanyak 11 buah keluarga hilang tempat tinggal selepas rumah kongsi yang didiami mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Batu Tengah, Lorong Imam Haji Zainal, dekat sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.08 pagi sebelum 28 anggota bersama enam aset bomba ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah kongsi dua tingkat jenis tidak kekal. Lapan unit bahagian atas dan lapan unit bahagian bawah musnah terbakar. 11 buah keluarga berjaya menyelamatkan diri sebelum ketibaan anggota bomba,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke lapan buah rumah berhampiran.

“Sebuah kenderaan jenis Proton Saga terbakar 20 peratus dan sebuah motosikal terbakar 100 peratus. Tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×