Dua maut ditikam

Dua maut ditikam

POLIS menyiasat lokasi pembunuhan dua individu di Taman Nona, Guar Chempedak di Yan, Kedah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Seorang lelaki dan wanita ditemukan maut dengan beberapa kesan dipercayai tikaman pada badan di Taman Nona di Guar Chempedak, di sini malam tadi.

Dalam kejadian sekitar 9.40 malam itu, mangsa lelaki dijumpai tertiarap di atas jalan di hadapan sebuah rumah di situ, manakala mangsa wanita di dalam sebuah kereta jenis Proton Wira.

Kedua-dua mangsa berusia 30 dan 28 tahun itu dipercayai diserang seorang individu dengan senjata tajam.

Suspek dipercayai menikam mangsa wanita yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan kereta itu sebelum bertindak menikam lelaki terbabit.

Kejadian itu disedari penduduk yang melaporkan kepada pihak berkuasa, sebelum polis melakukan siasatan di lokasi kejadian.

Mangsa lelaki dipercayai berasal dari Yan menakala wanita dari Sungai Petani, dekat sini dan bukan penghuni di kawasan perumahan itu.

Tiada tangkapan dibuat setakat ini.

Ketua Polis Daerah Yan, Superintenden Mohamad Hamizi Abdullah berkata, pihaknya masih menyiasat motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk proses bedah siasat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×