Undang-undang diperketat, ahli Yakuza terpaksa jadi scammer

Undang-undang diperketat, ahli Yakuza terpaksa jadi scammer

KUMPULAN Yakuza di Jepun mendakwa mereka ‘sukar cari makan’ berikutan penguatkuasaan undang-undang. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Kumpulan jenayah terancang Yakuza di Jepun kini terpaksa beralih kepada kegiatan haram yang sebelum ini dianggap tabu, termasuk penipuan telefon dan penipuan korporat, selepas undang-undang anti-Yakuza diperketatkan dan menjejaskan sumber kewangan tradisional mereka.

Perundangan baharu itu melumpuhkan kegiatan pemerasan serta operasi perjudian haram yang sekian lama menjadi punca utama pendapatan kumpulan terbabit.

Di bawah tekanan kewangan, Yakuza kini menumpukan kepada jenayah kolar putih seperti penipuan korporat, ugutan dan penipuan telefon, sesuatu yang dahulu dipandang rendah oleh mereka.

Pakar Yakuza dan penulis Tokyo Vice, Jake Adelstein berkata, undang-undang ketat di Jepun memaksa kumpulan itu menubuhkan rangkaian di negara jiran.

“Singapura menjadi satu daripada lokasi mereka menubuhkan operasi, berbanding Malaysia yang dianggap ‘pasaran tidak sesuai’ untuk Yakuza,” katanya.

Menurut laporan Fraud Conference News, Adelstein turut menegaskan peningkatan kes penipuan telefon, sindiket ugutan serta penipuan korporat melalui syarikat-syarikat hadapan.

Beliau memberi contoh skandal perakaunan Olympus yang menyembunyikan kerugian bernilai AS$1 bilion (RM4.2 bilion) dengan sebahagian daripadanya dibantu kumpulan jenayah terancang.

Pada satu ketika, Yakuza juga pernah mengambil alih laman sosial setaraf Classmates.com di Jepun, menggunakan pangkalan data peribadi pengguna untuk tujuan ugutan.

Dalam perkembangan lain, seorang ketua Yakuza, Takeshi Ebisawa, 60, mengaku bersalah bagi pertuduhan mengendalikan bahan nuklear dari Myanmar untuk tujuan jual beli senjata.

Pendakwa raya mendakwa Ebisawa mengurus bahan mengandungi uranium dan plutonium gred senjata, selain dadah, dalam usaha membeli senjata ketenteraan.

Kes ini terbongkar selepas pihak berkuasa Thailand dengan bantuan penyiasat Amerika Syarikat melaksanakan operasi perangkap yang merampas dua bahan serbuk kuning dikenali sebagai ‘yellowcake’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×