Anak buaya sesat masuk sekolah 

Anak buaya sesat masuk sekolah 

ANGGOTA bomba menangkap seekor buaya di SMK Datuk Abdul Rahman Andak, Simpang Renggam, Kluang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdul Rahman Andak (SEDARA) gempar apabila seekor anak buaya berukuran kira-kira empat kaki dan seberat enam kilogram ditemui dalam kawasan sekolah itu, pagi tadi.

Penolong Pegawai Bomba Kanan II, Ahmad Syawal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.15 pagi sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bergegas ke lokasi.

“Hasil pemeriksaan mendapati seekor anak buaya berada di kawasan sekolah. Pasukan bertindak menangkap reptilia itu menggunakan peralatan penjerut. Kejadian mula disedari pengawal keselamatan sebelum dimaklumkan kepada guru dan seterusnya bomba,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, buaya tersebut dipercayai tersesat ke kawasan berkenaan dan puncanya belum diketahui.

Buat sementara waktu, reptilia itu ditempatkan di balai bomba sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini