Remaja Britain hilang sejak Jun ditemukan selamat di hotel

Remaja Britain hilang sejak Jun ditemukan selamat di hotel

DAVID BALISONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Remaja warga Britain yang dilaporkan hilang di ibu negara sejak Jun lalu ditemukan selamat di sebuah hotel petang tadi.

David Balisong, 17, ditemukan di sebuah hotel di Jalan Pudu oleh sepasukan polis kira-kira pukul 7 malam tadi.

Utusan Malaysia difahamkan, remaja berkenaan kini berada di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) bagi proses merakam keterangan.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Butiran lanjut katanya akan dikeluarkan selepas pihaknya merakam keterangan remaja berkenaan selesai.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata, hasil semakan juga mendapati, visa pelancong remaja itu akan tamat hari ini selepas tiga bulan memasuki negara ini.

Dalam pada masa sama, ibu remaja berkenaan Minerva Balisong, 50, memaklumkan berusaha ntuk menjejaki anak lelakinya yang hilang.

Minerva berkata, anaknya, David, 17, dipercayai datang ke Malaysia seorang diri tanpa pengetahuan keluarga.

Menurut Minerva, siasatan polis United Kingdom (UK) mendedahkan anaknya itu menaiki pesawat Etihad Airways dari UK ke Kuala Lumpur pada 6 Jun lalu.

Minerva berkata, tiga hari selepas kehilangan anaknya itu, beliau menerima e-mel yang tidak jelas, kononnya daripada David tetapi tanpa sebarang maklumat mengenai lokasinya.

Semua panggilan dan pesanan suara yang dihantar oleh keluarga tidak dijawab dan telefon bimbit David dimatikan sejak dia hilang.

Sementara itu, Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan remaja warga UK berkenaan terbabit dengan sindiket penipuan siber atau pusat ‘scam’ di Malaysia.

Katanya, berdasarkan corak kes yang diterima MHO, termasuk kes terbaharu di Sungai Buloh dan Bangsar South, kemungkinan seperti itu sememangnya wujud. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×