Kanak-kanak maut, kereta dinaiki terjunam dalam sungai

Kanak-kanak maut, kereta dinaiki terjunam dalam sungai

PASUKAN penyelamat membawa mayat mangsa selepas kereta dinaikinya bersama keluarga terjunam ke dalam sungai dalam nahas di Tanjung Agas, Linggi, Port Dickson, pagi tadi.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas kereta yang dinaikinya bersama ibu bapa dan adik perempuannya terjunam ke dalam Sungai Linggi dalam kejadian di jambatan Tanjung Agas, Linggi di sini pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, mayat kanak-kanak itu ditemukan Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) pada 1.47 tengah hari dari kereta yang terjunam pada kedalaman tiga meter kira-kira dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, terdahulu adik mangsa berusia lapan tahun berjaya dinaikkan kira-kira pukul 1.28 tengah hari.

“Bomba bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan pada pukul 11.44 pagi. Berdasarkan maklumat awal berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Nissan Teana  telah terjatuh ke dalam sungai. 

“Terdapat empat orang mangsa, seorang lelaki dan seorang wanita dewasa dipercayai suami isteri berjaya diselamatkan oleh orang awam,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×