MCMC ambil keterangan ADUN Manjoi

MCMC ambil keterangan ADUN Manjoi

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohd Hafez Sabri (berbaju hitam) dirakam keterangan di di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Selasa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menjalankan siasatan dan mengambil keterangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohd. Hafez Sabri berhubung hantaran palsu berunsur perkauman dalam media sosial.  

Hantaran tersebut mengenai insiden seorang wanita menaiki pentas utama dan cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah semasa sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak di Ipoh, baru-baru ini.

Menerusi hantaran itu, Mohd. Hafez mendakwa kononnya tindakan tersebut dilakukan oleh seorang wanita berbangsa Cina. 

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar mengesahkan perkara itu adalah tidak benar dan berpotensi menimbulkan ketegangan kaum serta persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

“Sesi rakaman keterangan serta siasatan lanjut telah dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam. 

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

MCMC menegaskan sebarang penyebaran kandungan palsu berunsur perkauman merupakan perbuatan serius yang boleh mengancam keharmonian serta ketenteraman awam.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×