Arsenal tempang tanpa Bukayo, Havertz

Arsenal tempang tanpa Bukayo, Havertz

Bukayo Saka tidak dapat membarisi kesebelasan Arsenal menentang Liverpool kerana mengalami kecederaan otot paha. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal berdepan tamparan hebat menjelang aksi tumpuan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang juara bertahan Liverpool di Anfield hari ini apabila dua tonggak utama, Bukayo Saka dan Kai Havertz sah diketepikan beberapa minggu akibat kecederaan.

Saka, yang menjaringkan gol dalam kemenangan bergaya 5-0 ke atas Leeds United minggu lalu mengalami kecederaan otot paha, namun pengendali Arsenal, Mikel Arteta menarik nafas lega kerana pemain itu tidak memerlukan pembedahan.

“Bukayo semakin baik, tapi dia tidak akan beraksi selama beberapa minggu. Mujur kali ini tidak seteruk sebelumnya,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Havertz pula terpaksa menjalani pembedahan kecil lutut selepas cedera ketika aksi pembukaan musim menentang Manchester United.

Nasib malang itu menambah koleksi masalah kecederaan pemain Jerman berkenaan selepas pembedahan otot paha awal tahun ini.

“Saya fikir dia akan terlepas beberapa minggu. Sangat malang kerana dia bekerja keras untuk pulih daripada kecederaan lalu,” kata Arteta.

Dalam masa sama, kapten pasukan, Martin Odegaard masih belum pulih daripada kecederaan bahu yang dialami ketika bertemu Leeds.

Arteta mengesahkan kapten The Gunners itu belum kembali berlatih, menjadikan peluangnya beraksi menentang Liverpool masih samar. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini