Bukan sekadar diwartakan tetapi perlu dilaksanakan oleh PBT

Bukan sekadar diwartakan tetapi perlu dilaksanakan oleh PBT

ABDUL Azim Shamsudin ( kanan ) menerima memorandum daripada Mohd. Fauzi Abdul Rahman ( kiri ) mewakili 38 Ngo Pontian  di hadapan bangunan MPPn, di Pontian, Johor, disini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Undang-Undang Kecil (UUK ) yang diwartakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bukan sekadar hiasan, sebaliknya menjadi punca kuasa untuk bertindak terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan, tegas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian (MPPn), Abdul Azim Shamsudin.

Beliau menolak dakwaan bahawa MPPn bertindak keterlaluan dalam isu penutupan sebuah klinik gigi gara-gara mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik, sebaliknya tindakan itu berlandaskan UUK Pelesenan Perniagaan dan Perdagangan MDP 2019.

“Penutupan dibuat mengikut UUK 49(2) yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua menutup mana-mana premis yang melanggar syarat lesen atau undang-undang kecil,” katanya selepas menerima memorandum daripada 38 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pontian di hadapan pejabat MPPn, hari ini. Turut hadir, Ketua Whips MPPn, Md. Israk Abdullah dan Setiausaha MPPn, Tifla Mohd Addi.

Memorandum berkenaan diserahkan wakil gabungan NGO, Mohd. Fauzi Abdul Rahman kepada Abdul Azim dan satu lagi salinan turut dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian.

Media sebelum ini melaporkan Majlis Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) dalam satu kenyataan berkata, arahan penutupan itu disifatkan keterlaluan dan hukuman tersebut tidak setimpal dengan kesalahan.

Menurut DAPSY, tindakan MPPn itu juga melampaui kuasa dan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap tatakelola kerajaan tempatan.

Manakala Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching berkata, arahan penutupan klinik gigi oleh MPPn selama 30 hari kerana mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik baru-baru ini, dilihat terlalu berat.

Menurut Nie Ching, arahan penutupan itu dlihat seakan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan kerana ia didapati tidak disengajakan.

Malah katanya, perkara tersebut telah disiasat oleh pihak polis yang turut menyatakan bahawa perbuatan tersebut tidak berniat mencabar kedaulatan negara.

Mengulas gesaan supaya MPPn menarik balik arahan tersebut, Abdul Azim menegaskan PBT mempunyai kuasa jelas di sisi undang-undang.

“Setakat ini tiada rayuan diterima daripada pemilik premis. Namun, kuasa mempertimbang rayuan itu tetap ada pada Yang Dipertua,” katanya sambil menegaskan pemasangan Jalur Gemilang dan Bendera Johor mesti mengikut susun atur betul kerana ia dilindungi undang-undang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×