Katsuhito mahu jentera serangan lebih tajam

Katsuhito mahu jentera serangan lebih tajam

Pemain Selangor FC, Chrigor Flores Moraes (kanan) menjaringkan gol ketiga menentang Brunei DPMM FC pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya Petaling Jaya, kelmarin. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun mencatat kemenangan sulung musim ini, pengendali Selangor FC, Katsuhito Kinoshi mengingatkan skuadnya supaya segera mempertajamkan penyudah jika mahu terus bersaing merebut kejuaraan Liga Super.

Skuad Red Giants mengutip tiga mata pertama selepas menundukkan Brunei DPMM FC 3-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, malam tadi sekaligus menebus kekalahan di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Piala Sumbangsih Jumaat lalu.

Namun, jurulatih kelahiran Jepun itu tetap tidak puas hati dengan keberkesanan jentera serangan walaupun anak buahnya menguasai permainan dan mencipta banyak peluang terbuka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemenangan 3-0 memang baik, tetapi seperti saya kata sebelum ini, kami ada banyak peluang yang tidak dimanfaatkan.

“Kami perlu berlatih lebih keras untuk pastikan peluang itu disudahkan. Kadang-kadang, peluang hanya datang sekali dan ia boleh mengubah hala tuju perlawanan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Dalam aksi tersebut, Selangor membuka jaringan seawal minit kelima menerusi pemain import Thailand, Kevin Deeromram sebelum bek kiri itu menggandakan kedudukan pada minit ke-36 sementara Penyerang Brazil, Chrigor Moraes melengkapkan pesta gol tuan rumah pada minit ke-67.

Kinoshi turut memuji prestasi Deeromram yang menjadi wira dengan dua jaringan walaupun tidak mencatat sebarang bantuan gol. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini