Malaysia bakal jadi peneraju aplikasi AI patuh syariah

Malaysia bakal jadi peneraju aplikasi AI patuh syariah

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal menjadi peneraju aplikasi kecerdasan buatan (AI) patuh syariah bagi membentuk masa depan ummah bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah tersebut bukan sekadar simbol inovasi, sebaliknya instrumen diplomasi teknologi dengan memposisikan Malaysia dalam bidang tersebut.

Selain itu katanya, ia juga dapat membuka pintu kerjasama strategik dengan negara ASEAN dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

“Kita mahukan kemajuan digital yang berakar pada nilai, supaya teknologi menjadi pemacu kemakmuran dan kesejahteraan, bukan ancaman kepada identiti, prinsip dan cara hidup kita.

“Langkah ini selaras dengan aspirasi kerajaan Madani yang membangunkan agama dan teknologi dalam satu ruang lingkup yang luas,” katanya semasa berucap dalam Majlis Pelancaran aplikasi NurAI di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×