Lelaki Myanmar hilang selepas jatuh kapal dijumpai tinggal separuh badan

Lelaki Myanmar hilang selepas jatuh kapal dijumpai tinggal separuh badan

MAYAT mangsa dijumpai tinggal separuh badan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SARATOK: Pekerja kapal warga Myanmar yang terjatuh di Sungai Krian di sini pada 8 Ogos lalu ditemukan dalam keadaan tinggal separuh badan.

Ketua Polis Daaerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata mayat lelaki berusia 20 tahun itu dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 1 petang semalam.

“Semasa pencarian yang memasuki hari keempat, pasukan bot polis bersama-sama bot penyelamat bomba telah menjumpai separuh badan mayat dari bahagian pinggang ke bawah di tebing Sungai Sebetan, batang air Sungai Krian dan dipercayai merupakan mangsa yang dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata pihaknya juga tidak menolak kemungkinan mayat mangsa telah dimakan oleh buaya, dengan bahagian pinggang hingga kepala telah hilang.

Mathew berkata mayat mangsa yang dikenali sebagai Thu Htoo Aung telah dihantar ke Hospital Forensik Saratok untuk tindakan lanjut.

Pada kira-kira pukul 9.30 pagi 8 Ogos lalu, mangsa dilaporkan bersama rakan sekerjanya sedang menutup tapak lantai kapal di Kapal Moi Soon 2.

Mangsa kemudian tiba-tiba terjatuh ke Sungai Krian dan tidak timbul, dengan rakan sekerja juga cuba menyelamatkannya tetapi gagal.

Mangsa diketahui tidak pandai berenang. Laporan dibuat oleh (A1) untuk memohon bantuan mencari mangsa dan tindakan selanjutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini