Wanita maut, dua rakan parah kemalangan

Wanita maut, dua rakan parah kemalangan

DUA buah kereta iaitu Perodua Viva dan Perodua Myvi dipercayai bertembung menyebabkan seorang mangsa meninggal dunia di Kampung Rambong, Jalan Kupang di Baling, Kedah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Seorang wanita maut dan dua rakannya parah apabila terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kampung Rambong, Jalan Kupang, petang semalam.

Difahamkan, tiga rakan itu yang menaiki kereta jenis Perodua Viva datang dari Perak dan dalam perjalanan ke satu program keagamaan di Pekan Baling, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 5.30 petang.

“Sepasukan bomba yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Nor Azizi Othman bersama tujuh anggota bergegas ke lokasi tidak lama kemudian.

“Setibanya di lokasi, didapati dua buah kereta iaitu sebuah Perodua Viva dan Perodua Myvi dipercayai bertembung. Dua mangsa dalam Perodua Viva parah dan pemandunya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Menurut Zulkhairi, bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mayat pemandu yang tersepit di tempat duduknya.

Katanya, dua rakan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Baling termasuk lelaki yang memandu kereta Perodua Myvi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×