Gyokeres bakal gegar EPL

Gyokeres bakal gegar EPL

Viktor Gyokeres menjaringkan gol pertama buat pasukannya semasa menentang Athletic Bilbao di Stadium Emirates, London, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta optimis Viktor Gyokeres mampu menghadirkan impak besar buat The Gunners selepas mencetak gol sulung buat kelab itu ketika menutup kempen pramusim dengan kemenangan 3-0 ke atas Athletic Club, semalam.

Penampilan pertama Gyokeres dalam kesebelasan utama Arsenal menentang Villarreal berakhir tanpa jaringan dan kekalahan pada pertengahan minggu lalu, namun penyerang baharu bernilai 63.5 juta pound (RM362 juta) itu tersenyum puas pada aksi keduanya di Stadium Emirates.

Kata Arteta, dengan apa yang dipamerkan Gyokeres, ia memberi satu amaran kepada pesaing Arsenal mengenai ancaman penyerang itu yang dijangka mampu menjadi mesin gol The Gunners.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Segala yang dilakukannya adalah secara naluri. Sebab itulah dia menjaringkan begitu banyak gol dalam beberapa musim kebelakangan ini.

“Dia mampu mengunci kedua-dua pertahanan tengah lawan. Apabila anda memberinya ruang satu lawan satu, dia akan memusnahkan anda. Dia juga akan membuka banyak ruang untuk kami.

“Dalam apa jua keadaan, dia adalah pemain yang mampu menjaringkan gol,” kata Arteta.

Pada aksi itu, dua lagi gol Arsenal disumbangkan oleh Bukayo Saka dan Kai Havertz untuk memberi kemenangan kepada pasukan itu ke atas Athletic Club.

Keputusan itu juga bakal menjadi tonik terbaik kepada The Gunners menjelang aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Manchester United pada 17 Ogos ini di Old Trafford. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×