Keluar rumah kerana keluarga toksik

Keluar rumah kerana keluarga toksik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN

Saya berumur 28 tahun dan belum berkahwin. Saya memilih untuk keluar dari rumah sebab tidak tahan dengan sikap toksik dan pilih kasih keluarga. Ibu kata saya anak derhaka. Salah ke tindakan saya? Saya cuma mahu menjaga emosi dan diri sendiri.

-Gadis terluka

 

JAWAPAN
Dalam fasa membina kehidupan, sokongan keluarga sememangnya amat penting.

Namun, apabila ia menjadi punca utama tekanan, langkah menjauhkan diri mungkin dilihat sebagai keputusan drastik.

Tetapi kadangkala itulah tindakan paling wajar demi melindungi emosi sendiri. Berikut cara yang boleh dijadikan panduan untuk anda:
1. Kenali diri: Setiap individu berhak mengenal pasti tahap kesabaran dan batas emosi diri. Jika tinggal bersama keluarga boleh memberikan anda tekanan, pertimbangkan cara sesuai untuk menjaga kesejahteraan mental, termasuk mencari ruang yang selamat didiami.

2. Dapatkan sokongan: Jika memilih keluar dari rumah, pastikan anda mendapat sistem sokongan yang kuat seperti kawan rapat, kaunselor, komuniti atau rakan tempat kerja. Jangan lalui situasi itu bersendirian. Jika tekanan emosi berlarutan, jangan segan untuk mendapatkan bantuan profesional.

3. Berkomunikasi: Jika hubungan dengan keluarga masih boleh diperbaiki, cuba wujudkan komunikasi yang terhad dan selamat. Contohnya berhubung dengan mereka melalui mesej dan elakkan pertemuan fizikal jika ia boleh mencetuskan semula trauma atau tekanan.

4. Cari kekuatan diri: Gunakan peluang ini untuk membina kekuatan dalaman. Fokus kepada perkembangan diri, sertai kelas kemahiran atau program pembangunan kendiri yang boleh meningkatkan keyakinan dan kebolehan anda.

5. Jangan salahkan diri: Menjaga diri bukan bermakna anda membenci keluarga. Sebaliknya, ia tanda prihatin terhadap kesejahteraan emosi dan mental. Kadangkala, mengambil jarak adalah langkah penting untuk mengelakkan diri daripada terus disakiti.

6. Berdamai dengan ujian: Tak semua luka boleh dilupa, tapi anda boleh belajar untuk reda dan terima apa yang berlaku. Memaafkan bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri supaya hati lebih tenang dan tidak terus terbeban dengan kisah lama.

Setiap orang berhak untuk hidup bahagia.

Jika tindakan anda tidak mendatangkan mudarat kepada sesiapa, ia bukan satu kesalahan.

Teruskan membina kehidupan yang lebih sihat, ingatlah, menjaga diri sendiri bukan satu kesalahan, tetapi satu bentuk kepe

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×