Kalau PM sanggup, hari ini pun saya berjumpa -Hamzah Zainuddin

PARLIMEN: Kalau PM sanggup, hari ini pun saya berjumpa -Hamzah Zainuddin

HAMZAH Zainudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyatakan kesediaannya untuk bersemuka dengan Perdana Menteri bagi membincangkan isu mengenai peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang yang masih tergantung sehingga hari ini.

Kesediaan itu dinyatakan sejurus Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta ke semua ahli parlimen pembangkang perlu menyatakan kesepakatan mengenai perkara itu terlebih dahulu dan kemudian dibawa berunding bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.  

“Kadang-kadang jangan letakkan perkara itu di belakang sini (pembangkang) sahaja. Kalau Yang Amat Berhormat  sanggup berjumpa dengan saya, hari ini pun saya sanggup untuk berjumpa,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum itu, Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) membangkitkan mengenai peranan Malaysia yang menjadi pendamai terhadap konflik dua buah negara membabitkan Thailand dan Kemboja, sekali gus keadilan yang sama perlu dibuat terhadap semua ahli parlimen tidak kira kerajaan mahu pun pembangkang.

“Sebagai seorang pemimpin, kita puji tindakan Perdana Menteri, Malaysia menjadi pendamai. Dalam semua ucapan kita, kita puji. Tetapi malangnya yang sedikit-sedikit itu sahaja. Jadi, Yang Berhormat umumkanlah sedikit bahawa semua ahli parlimen diberi keadilan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×