Pahang rekod kutipan hasil lebih RM700 juta – Wan Rosdy

Pahang rekod kutipan hasil lebih RM700 juta – Wan Rosdy

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: “Lihat bukti, bukan retorik.”

Demikian kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selepas kerajaan negeri dite­rajuinya berjaya merekodkan kutipan hasil melebihi RM700 juta setakat semalam yang membuktikan kecekapan pentadbiran serta pengurusan hasil.

Beliau optimis Pahang mampu mencapai sasaran kutipan hasil melebihi RM1 bilion tahun ini, selaras dengan prestasi tiga tahun terdahulu yang mencatat kejayaan serupa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Insya-Allah, kita mampu ca­pai sasaran kerana rekod tiga tahun sebelum ini membuktikan kita berjaya memperoleh hasil melebihi RM1 bilion setiap tahun,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Wan Rosdy berkata, lebih membanggakan, kerajaan negeri turut mengurangkan beban hutang daripada RM3.2 bilion kepada RM900 juta, hasil disiplin kewangan yang ketat serta ke­tegasan membanteras ketirisan.

“Kita urus kebocoran, kita berbelanja secara berhemat. Prin­sip kita jelas, iaitu belanja jangan boros, berjimat jangan sampai kedekut,” katanya.

Beliau berkata, pentadbiran kerajaan negeri bukan sahaja menekankan aspek pengurusan kewangan yang berhemah, tetapi berjaya meningkatkan keya­kinan pelabur terhadap prospek ekonomi Pahang.

Dalam Belanjawan 2025, kerajaan negeri menyasarkan kutipan hasil sebanyak RM1.194 bi­lion, iaitu peningkatan kira-kira lima peratus berbanding tahun 2024, sekali gus menunjukkan trend prestasi fiskal yang kukuh.

Wan Rosdy berkata, kejayaan ini bukan bersifat peribadi tetapi hasil kerja berpasukan seluruh pentadbiran negeri yang meng­utamakan kebajikan rakyat dan kelestarian pembangunan.

Beliau mengajak rakyat supaya terus mendokong dan me­nyokong kesinambungan ke­pe­mimpinan supaya segala da­­­sar dan agenda pembangunan nege­ri dapat diteruskan secara konsisten dan berkesan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini