Pengawal keselamatan, amah disiasat kes curi barang kemas RM1.8 juta cucu Tun M

Pengawal keselamatan, amah disiasat kes curi barang kemas RM1.8 juta cucu Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis telah mera­kam keterangan tiga individu termasuk pengawal keselamatan dan pembantu rumah berkaitan kejadian pecah masuk rumah cucu Tun Dr. Mahathir Mohamad di Bukit Ledang, di sini, Rabu lalu.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, setakat ini tiada tangkapan dilakukan dalam kes terbabit yang melibatkan barangan kemas bernilai RM1.8 juta.

“Kita sedang jalankan siasatan lanjut bagi kenal pasti pelaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan awal mendapati kediaman terbabit mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) namun tiada simpanan data kerana ia hanya untuk tempoh 24 jam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Kelmarin media melaporkan pihak polis sedang menanti laporan daripada unit forensik untuk mendapatkan petunjuk berkaitan kes itu.

Mohamed Usuf dilaporkan berkata, kerugian dianggarkan kira-kira RM1.8 juta membabitkan barangan berbentuk barang kemas lama, serta barangan peribadi milik penghuni rumah.

Rumah yang dipecah masuk itu dikatakan milik Mirzan Mahathir tetapi didiami oleh anaknya.

Kejadian disedari berlaku kira-kira pukul 3 petang apabila pembantu rumah mangsa menghubunginya memberitahu pintu pagar di bahagian belakang rumah dipotong dan bilik mangsa dimasuki pencuri.

Mangsa kemudian membuat semakan dan mendapati terdapat kesan pecah masuk di bilik­nya dan mendapati beberapa barang miliknya hilang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini