STR: RM52.7j diagih kepada hampir 47,000 penerima tanpa akaun bank

STR: RM52.7j diagih kepada hampir 47,000 penerima tanpa akaun bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kewangan mengagihkan sebanyak RM52.7 juta kepada 46,568 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang tidak memiliki akaun bank, dalam siri program penunaian STR di seluruh negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Datuk Zamzuri Abdul Aziz berkata, pengagihan itu membabitkan 31 lokasi penunaian STR di pedalaman Sabah membabitkan 23,105 penerima manakala program sama diadakan di 25 lokasi di Sarawak membabitkan 20,775 penerima.

“Di kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia pula program ini diadakan khusus untuk masyarakat orang asli di empat lokasi di Gua Musang, Kelantan, Jerantut dan Lipis di Pahang serta Hulu Perak, Perak membabitkan 2,688 penerima.

“Pada hari ini seramai 3,300 penerima di Pulau Bum Bum serta Pulau Mabul di sini, terbabit dengan program penunaian STR,” katanya. 

Zamzuri berkata, selain tidak mempunyai akaun bank, hampir 47,000 penerima STR yang bermastautin di kawasan pedalaman itu juga berdepan kesukaran untuk menerima STR secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) kerana jarak jauh dan keperluan menaiki bot.

“Program penunaian STR di kawasan pedalaman diselaraskan Kementerian Kewangan menerusi Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak, selain disokong Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), BSN, Jabatan Kemajuan Orang Asli dan pejabat daerah.

“Perkhidmatan program penunaian STR di Pulau Bum Bum akan bermula seawal 7 pagi dengan pembukaan dua kaunter utama iaitu kaunter LHDN bagi semakan senarai penerima serta kaunter BSN untuk urusan penunaian STR, selain itu terdapat program jualan rahmah,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN