‘SPRM akan rampas semula wang rasuah kerana ia milik rakyat’ 

‘SPRM akan rampas semula wang rasuah kerana ia milik rakyat’ 

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kepada yang bermewah-mewah dengan wang rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan ambil semula wang ini kerana adalah wang rakyat.”

Memuatkan artikel berkaitan…

Demikian kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berhubung ketirisan dan penyelewengan dalam sektor awam yang bukan sahaja menjejaskan pengurusan kewangan negara malah menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan.

Azam berkata, dana awam adalah nadi pembangunan negara yang perlu diurus dengan penuh akauntabiliti.

Katanya, penyelewengan dan kelemahan sistem kawalan dalaman membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa, pembaziran serta membebankan rakyat.

“Antara beberapa kes utama yang memberi impak besar penyelewengan dana awam negara, antaranya Op Water Sabah melibatkan penyelewengan projek bekalan air bernilai RM3.3 bilion serta kes bekas pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan yang disabitkan dengan 96 pertuduhan berkaitan pemalsuan dan pengubahan wang haram.

“Selain itu, SPRM juga berjaya menyita pelbagai aset mewah bernilai lebih RM3.5 bilion dan melucut hak hampir RM28 bilion dalam tempoh lima tahun lalu,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutup Seminar Kewangan dan Pengauditan Sektor Awam (SKPSA) 2025 bertemakan Integriti Kewangan: Menguatkuasakan Kepatuhan dan Pencegahan Penyelewengan dalam Perkhidmatan Awam di Pulau Pinang.

Azam berkata, pelbagai sitaan dilakukan SPRM untuk memastikan dana awam tidak terus disalah guna. 

Beliau turut menyentuh cadangan pembentangan Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan yang akan dibawa ke Parlimen tahun ini bagi memperkukuh sistem perolehan kerajaan yang lebih telus, sistematik dan berlandaskan undang-undang.

“Perlindungan kepada pemberi maklumat terus diperkasa menerusi pelaksanaan yang lebih berkesan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

“Keperluan transformasi digital dalam sistem kewangan dan perolehan kerajaan dengan memanfaatkan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), blockchain dan analitik data bagi mengesan transaksi mencurigakan serta mencegah rasuah secara lebih awal,” katanya

Beliau turut menyeru akauntan dan juruaudit sektor awam agar berani melaporkan penyelewengan serta ketidakpatuhan tanpa rasa takut demi mempertahankan integriti perkhidmatan awam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN