Anwar dukacita tragedi jet terhempas di Bangladesh

Anwar dukacita tragedi jet terhempas di Bangladesh

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia menzahirkan simpati terhadap tragedi jet pejuang yang terhempas di sebuah sekolah di Dhaka, Bangladesh sehingga meragut 27 nyawa termasuk 25 kanak-kanak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau amat sedih apabila dimaklumkan mengenai tragedi yang menimpa di negara tersebut.

“Ramai yang terkorban, kebanyakannya kanak-kanak dan lebih 100 orang lagi cedera,” katanya dalam satu hantaran di laman sosialnya, di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan sekurang-kurangnya 27 orang maut, termasuk 25 kanak-kanak, selepas sebuah pesawat pejuang Tentera Udara Bangladesh terhempas ke dalam kawasan kampus sekolah dan kolej di Dhaka.

Menurut pegawai tentera, kemalangan itu berlaku ketika menjalankan misi latihan itu, di mana ia turut mencederakan 170 mangsa termasuk 88 yang sedang dirawat di hospital akibat kecederaan melecur.

Pesawat pejuang F-7 BGI buatan China milik Tentera Udara Bangladesh itu terhempas ke bangunan Milestone School and College di kawasan Uttara, Dhaka, sejurus berlepas pada jam 1.06 tengah hari dari pangkalan udara Kurmitola di ibu negara, dalam satu misi latihan rutin.

Dalam pada itu, Anwar berkata, antara mangsa yang terkorban adalah Maherin Chowdhury, seorang guru yang menunjukkan keberanian luar biasa untuk menyelamatkan anak didiknya.

“Beliau sempat menyelamatkan murid-muridnya sebelum kembali semula ke dalam asap dan api demi menyelamatkan yang lain. Pengorbanan beliau amat menginsafkan dan tidak akan dilupakan.

“Sebagai tanda solidariti, saya akan menulis kepada (Pemimpin Interim Bangladesh) Profesor Muhammad Yunus bagi menyampaikan dukacita dan sokongan Malaysia kepada saudara-saudari kita di Bangladesh.

“Dalam saat yang penuh hiba ini, Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Bangladesh. Kami meratapi setiap nyawa yang terkorban dan turut merasai kesedihan setiap keluarga yang kehilangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN