Tiada tempat golongan LGBT di Kelantan

Tiada tempat golongan LGBT di Kelantan

MOHAMED FADZLI HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tiada ruang untuk sebarang kegiatan atau gaya hidup budaya songsang Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) wujud di negeri ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, reaksi masyarakat terhadap perjumpaan gay di sebuah banglo di Kemumin, Pengkalan Chepa sebagai bukti penolakan tegas rakyat terhadap budaya songsang.

“Ia menunjukkan bahawa rakyat Kelantan tidak boleh menerima benda ini (LGBT) sekali gus menjadi amaran kepada kumpulan terbabit bahawa LGBT tiada tempat untuk mereka di negeri ini.

“Apabila berlaku di negeri ini, ia menjadi isu besar. Jika di tempat lain barangkali ia tidak menjadi isu,” katanya ketika ditemui selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Mohamed Fadzli berkata, kegiatan LGBT sebenarnya bukan perkara baharu kerana ia telah wujud sejak sekian lama.

“LGBT bukan baharu tetapi telah wujud sejak zaman Nabi Luth AS lagi dan Allah SWT mencela perbuatan itu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN