Wanita hilang dua kaki ambil upah menyanyi sara dua anak

Wanita hilang dua kaki ambil upah menyanyi sara dua anak

N. MEGALA menunjukkan video dia membuat persembahan nyanyian pada satu majlis keraian ketika ditemui di Ipoh, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang ibu tunggal yang kehilangan kedua-dua belah kakinya terpaksa mencari upah sebagai penyanyi sambilan di majlis keraian bagi menanggung dua orang anak perem­puannya berusia 16 dan 12 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

N. Megala, 44, kehilangan kaki kanan pada tahun 2022 disebabkan kemalangan dan setahun kemudian kaki kirinya terpaksa dipotong akibat kecederaan akibat penyakit ken­cing manis.

Dia kini bergantung sepenuhnya terhadap kerusi roda dan sukar untuk memenuhi tempahan kerja-kerja menjahit yang dilakukan sebelum ini.

“Saya kehilangan suami 12 tahun lalu akibat kemalangan di tempat kerja. Keadaan bertambah sukar apabila saya kehilangan kedua-dua belah kaki.

“Dua anak saya pun turut menghidap penyakit termasuk diabetes. Adakala saya hanya mampu menangis melihat mereka dalam keadaan kesakitan kerana saya sukar berge­rak,” katanya kepada Utusan Malaysia di rumahnya di sini baru-baru ini.

Megala kini bergantung kepada pencen pekerjaan men­diang suaminya kira-kira RM1,200 sebulan, namun jumlah itu tidak mencukupi kerana perlu menanggung kos rawatan dan ubat-ubatan untuk dirinya dan anak-anak selain perbelanjaan persekolahan.

Dia kini mengharapkan upah dengan memenuhi jemputan sebarang majlis untuk membuat persembahan nyanyian demi mencari wang tambahan bagi menanggung keluarga.

“Saya cuba menghafal sebanyak mungkin lagu untuk bersiap sedia membuat persembahan, termasuk lagi bahasa Melayu. Saya cuba mempromosi diri menerusi TikTok dengan harapan orang ramai boleh melihat kebolehan saya dan menjemput saya untuk menyanyi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN