Sungai Lereh jadi projek perintis ternakan moden ketam nipah

Sungai Lereh jadi projek perintis ternakan moden ketam nipah

TUMINAH Kadi dan Sharmila Mohamed Salleh bersama nelayan Sungai Lereh meninjau tapak penternakan ketam nipah moden di Jeti Nelayan Sungai Lereh. UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kawasan perairan je­ti nelayan Sungai Lereh menjadi projek perintis penternakan ketam nipah berasaskan inovasi dan kupang sekali gus membuka peluang sumber pendapatan tambahan nelayan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi berkata, kaedah penternakan ketam nipah berasaskan inovasi itu akan mengikut kaedah nelayan di Langkawi bagi berkongsi ilmu, teknik dan cara menternak spesies itu secara moden.

“Sebagai permulaan kawasan perairan jeti nelayan Sungai Lereh akan menjadi projek perintis. Kajian akan dibuat untuk melihat keadaan air laut sekitar jika ia sesuai untuk penternakan ketam nipah moden.

“Inovasi baharu ketam nipah seperti di Langkawi ia lembut dan inilah penternakan yang akan ditunjuk ajar kepada nelayan di jeti nelayan Sungai Lereh. Mereka akan dihantar ke Langkawi untuk mempelajari cara penternakan moden.

“Jika projek perintis ini berjaya barulah ia akan diperluaskan kepada enam jeti nelayan di sekitar DUN Pantai Kundor,” ujarnya kepada pemberita selepas melawat tapak lokasi cadangan ternakan ketam nipah dan kupang di jeti nelayan Sungai Lereh di sini semalam.

Tuminah yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Ko­perasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri berkata, kajian awal menunjukkan benih ketam nipah telah wujud di kawasan berkenaan dan memudahkan bagi pelaksanaan projek tersebut nanti.

Menurutnya, kaedah penternakan secara inovatif yang akan dijalankan dalam petak-petak plastik berskala kecil dengan me­nggunakan sistem aliran air masin yang diteliti kesesuaiannya.

Katanya, projek tersebut dilihat sebagai pendekatan jangka panjang bagi membantu nelayan yang sering terjejas pendapatan sewaktu musim tengkujuh.

“Langkawi telah buktikan ternakan ketam nipah cara mo­den sangat berkesan. Kini giliran Melaka pula mengadaptasi inovasi ini dengan bantuan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan pe­ngusaha berpengalaman untuk menjadi realiti,” ujarnya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×