Dalam landskap hubungan antarabangsa moden, duta bukan sahaja mewakili negara asal mereka, malah menjadi jambatan menghubungkan dua budaya, sistem politik dan kepentingan nasional yang berbeza.
Peranan seorang duta sangat signifikan dalam menjamin kestabilan hubungan dua hala serta memperkukuhkan persefahaman antara negara.
Namun, apabila seseorang calon duta menimbulkan kontroversi, ia boleh menguji sempadan diplomasi, seperti yang kini berlaku melibatkan pencalonan Nick Adams sebagai bakal Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia.
Secara asasnya, duta merupakan wakil diplomatik tertinggi sesebuah negara di negara asing. Mereka bertanggungjawab dalam memperkukuh hubungan politik, ekonomi, kebudayaan dan keselamatan antara negara asal dan negara tuan rumah.
Kredibiliti, keperibadian dan kefahaman mendalam terhadap budaya serta sensitiviti negara tuan rumah antara syarat tidak bertulis tetapi amat penting bagi seseorang duta.
Pencalonan Adams oleh Presiden AS, Donald Trump menimbulkan kebimbangan dan kritikan meluas dalam kalangan rakyat dan pemimpin politik Malaysia.
Warga kelahiran Australia ini kemudian menjadi rakyat AS dikenali sebagai tokoh konservatif dan pempengaruh media sosial yang lantang dengan retorik berunsur alpha male serta sokongan kuat terhadap ideologi sayap kanan.
Di media sosial, dia sering mengeluarkan kenyataan yang dilihat kurang sensitif terhadap isu antarabangsa termasuk konflik Palestin-Israel, yang mana Malaysia mempunyai pendirian tegas menyokong perjuangan rakyat Palestin.
Antara kenyataannya yang mencetuskan kemarahan ramai adalah gesaan agar pelayan restoran yang memakai pin Free Palestine di AS dipecat dan kenyataan bahawa sesiapa yang tidak menyokong Israel berdiri bersama pengganas.
Beberapa pemimpin politik Malaysia turut mempersoalkan kewajaran melantik individu yang tidak mempunyai latar belakang diplomatik, malah terkenal dengan gaya komunikasi agresif serta tidak menghormati perbezaan pandangan antarabangsa.
Bagi mereka, calon berkenaan bukan sahaja tidak sesuai, tetapi boleh mencemarkan hubungan diplomatik yang lama terjalin antara kedua-dua negara. Daripada sudut diplomasi, negara ada hak menerima atau menolak calon duta sebelum dia memulakan tugasnya.
Menolak calon duta bukan sesuatu yang luar biasa dalam hubungan antarabangsa, namun perlu ditangani secara berhati-hati agar tidak menjejaskan hubungan dua hala.
Isu ini meletakkan Malaysia dalam dilema diplomatik. Di satu pihak, menerima Adams berisiko mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat dan boleh dianggap sebagai mengabaikan sensitiviti tempatan. Di pihak lain, menolak pencalonan tersebut secara terbuka boleh memberikan kesan terhadap hubungan ekonomi dan strategik dengan kuasa besar seperti AS.
Peranan duta tidak boleh dipandang ringan, ia bukan hanya jawatan tetapi memerlukan individu matang dalam pendekatan dan peka budaya dan politik.
Kontroversi ini menunjukkan betapa pentingnya memilih calon duta yang bukan sahaja mewakili dasar luar negara mereka, tetapi mampu menjalin kepercayaan dan persefahaman tulen dengan negara tuan rumah. Malaysia, dalam hal ini, perlu bertindak bijak dengan menyeimbangkan prinsip, kepentingan nasional dan keharmonian diplomatik. – UTUSAN
Hadi Ab. Manap ialah Penolong Pengarang Berita Utusan Malaysia
Duta, Nick Adams dan diplomatik Malaysia

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved