Konvensyen ASEAN Fujian 2025 perkukuh kerjasama ekonomi

Konvensyen ASEAN Fujian 2025 perkukuh kerjasama ekonomi

LIM HOCK SAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Konvensyen Hokkien ASEAN 2025 diyakini dapat membawa pelbagai manfaat strategik seperti merangsang pemulihan sektor pelancongan dan perkhidmatan tempatan dengan penyertaan wakil-wakil dari pelbagai negara.

Ia juga berupaya mewujudkan peluang pelaburan dan kerjasama perniagaan, serta mengukuhkan hubungan antara negara-negara ASEAN, China dan komuniti Hokkien di luar negara.

Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia merangkap Pengerusi Bergilir Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien ASEAN, Tan Sri Dr. Lim Hock San berkata, ia juga boleh meningkatkan keupayaan produk dan syarikat tempatan menembusi pasaran serantau dan global.

“Selain itu, ia menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta menyokong usaha negara dalam memacu integrasi ekonomi dan kerjasama serantau sempena Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

“Dengan kekuatan perpaduan komuniti ASEAN dan warisan budaya Hokkien yang mendalam, persidangan ini diyakini akan menjadi satu pencapaian penting dalam mengembangkan jaringan serantau dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Konvensyen itu bakal dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang akan berlangsung pada 28 Ogos ini, di Hotel Shangri-La.

Tahun lalu, Hock San berkata, persatuan itu berjaya menganjurkan Persidangan Dunia Fujian ke-11, dari 7 hingga 9 November di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

“Persidangan tersebut menarik penyertaan lebih 3,300 wakil daripada 108 persatuan Hokkien dari lebih 20 negara, serta lebih 10,000 pengunjung ke pameran dan forum ekonomi yang dianjurkan.

“Salah satu pencapaian paling penting daripada persidangan tersebut adalah penubuhan rasmi Gabungan Persatuan Fujian ASEAN, menandakan satu tahap perkembangan baharu bagi komuniti Hokkien di rantau ini. Saya amat berbesar hati kerana telah dipilih sebagai Presiden Gabungan Persatuan Fujian ASEAN yang pertama,” katanya.

Sempena konvensyen itu, turut diadakan forum pembangunan potensi ASEAN, perasmian Muzium Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia dan Majlis Makan Malam Gala, pada tarikh sama.

Hock San berkata, dengan kekuatan perpaduan komuniti ASEAN dan warisan budaya Hokkien yang mendalam, persidangan ini diyakini akan menjadi satu pencapaian penting dalam mengembangkan jaringan serantau dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

“Selain itu, ia mewujudkan peluang pelaburan dan kerjasama perniagaan, serta mengukuhkan hubungan antara negara-negara ASEAN, China dan komuniti Hokkien di luar negara,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN