TAWARAN awam permulaan (IPO) merujuk kepada proses di mana sesebuah syarikat swasta menawarkan sahamnya kepada orang awam buat kali pertama melalui pasaran saham.
Langkah ini menandakan peralihan status syarikat daripada entiti tertutup kepada syarikat tersenarai awam, membolehkannya mengakses pembiayaan secara lebih meluas melalui pasaran modal.
IPO bukan sekadar pencapaian korporat, tetapi juga satu proses kompleks yang melibatkan pematuhan peraturan, penilaian perniagaan, dan penyertaan aktif pelabur institusi serta runcit.
Bagi pelabur, IPO menawarkan peluang untuk memiliki ekuiti dalam syarikat berpotensi tinggi pada peringkat awal penyenaraian, namun turut hadir dengan tahap risiko tertentu.
Memasuki IPO antarabangsa merupakan langkah besar yang melangkaui sekadar penyenaraian sekali gus ia mencerminkan aspirasi global, kesiapsiagaan dari segi kewangan dan pematuhan, serta keinginan untuk bersaing di peringkat tertinggi.
Ringgit pada minggu ini memberi panduan untuk memasuki IPO antarabangsa.
Tentukan motif IPO Antarabangsa
Sebelum memulakan proses, syarikat perlu memilih bursa luar dan bukan tempatan.
Syarikat juga perlu mengetahui apa faedah dari segi akses modal, reputasi atau penilaian.
Sama ada syarikat bersedia dari segi kewangan, pematuhan dan struktur korporat.
Pilih bursa saham yang sesuai
Pemilihan bursa seperti Nasdaq, New York Stock Exchange (NYSE), London Stock Exchange (LSE) atau The Stock Exchange of Hong Kong Limited (HKEX) harus dibuat berdasarkan lokasi pelabur sasaran, sektor industri (contohnya syarikat teknologi lazimnya memilih Nasdaq), serta tahap pematuhan dan peraturan yang dikenakan (seperti SEC di Amerika Syarikat aseperti Securities and Exchange Commission (SEC) di Amerika Syarikat atau Financial Conduct Authority (FCA) di United Kingdom.).
Struktur semula entiti
Syarikat perlu menilai semula struktur perundangan mereka. Untuk syarikat yang beroperasi di luar negara bursa pilihan, penubuhan entiti pegangan antarabangsa (seperti Singapore HoldCo, Cayman Islands atau BVI) sering kali menjadi langkah penting. Dalam kes tertentu, struktur seperti Variable Interest Entity (VIE) atau Special Purpose Vehicle (SPV) digunakan untuk melancarkan pematuhan dan akses pelaburan asing.
Lantik Penasihat Profesional
Kejayaan penyenaraian banyak bergantung kepada kredibiliti dan pengalaman penasihat profesional.
Syarikat perlu melantik bank pelaburan atau underwriter (seperti Goldman Sachs, Morgan Stanley atau DBS), peguam korporat antarabangsa, juruaudit bertaraf global (Big Four – PwC, EY, KPMG, Deloitte) serta firma perhubungan awam untuk pengurusan roadshow dan hubungan pelabur.
Audit dan Pemenuhan Kewangan
Bursa antarabangsa lazimnya mensyaratkan penyediaan penyata kewangan mengikut standard antarabangsa (IFRS atau US GAAP).
Audit ke atas minimum dua hingga tiga tahun rekod kewangan adalah wajib, dengan tumpuan terhadap integriti, ketelusan dan pengurusan risiko.
Roadshow dan Penilaian Saham
Menjelang penyenaraian, syarikat akan menjalankan roadshow global bersama underwriter institusi kewangan (biasanya bank pelaburan) yang bertindak sebagai perantara utama dalam proses IPO) bagi menarik minat pelabur institusi.
Proses ini juga melibatkan penentuan harga IPO berdasarkan minat pasaran, penilaian aliran tunai terdiskaun (DCF), atau perbandingan syarikat satu industri.
Kesiapsiagan tadbir urus korporat
Syarikat perlu menstruktur semula lembaga pengarah dan jawatankuasa audit mengikut amalan tadbir urus antarabangsa. – UTUSAN










