Gendang Ketawak Pahang bakal lenyap

Gendang Ketawak Pahang bakal lenyap

MOHD. Don Abd. Rahman menunjukkan gendang dan kompang yang dibuatnya di Perumahan Awam Kos Rendah 410, Jerantut, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Warisan pembuatan Gendang Ketawak Pahang akan pupus berikutan pengusaha­nya sukar mendapatkan bahan membuat alat muzik itu, selain hilangnya minat generasi hari ini terhadapnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pembuat Gendang Ketawak Pahang, Mohd. Don Abd. Rahman, 61, berkata, ketika ini agak sukar untuk memperoleh kayu pokok nangka, kayu sena, kayu halban, kayu tutuh, kayu bangkong, rotan serta kulit kambing yang merupakan bahan penting membuat alat muzik tradisional itu.

“Saya sendiri mencari kayu berkenaan dan membeli rotan daripada penduduk Orang Asli, selain mendapatkan keizinan tuan tanah untuk menebang pokok nangka serta halban untuk membuat gendang,” kata­nya kepada Mingguan Malaysia.

Mohd. Don berkata, pekerjaannya sebagai pembuat kraf tangan mungkin terhenti dalam beberapa tahun lagi kerana sukar untuk mendapatkan bekalan tersebut, di samping warisan gendang tradisional itu cuma diminati oleh segelintir penduduk.

“Warisan ini kemungkinan berkubur dalam tempoh se­dekad lagi apabila anak muda lebih berminat dengan aktiviti lain seperti peranti elektronik dan digital. Anak saya sendiri pun tidak mempedulikannya,” katanya.

Mohd. Don berkata, dia tetap melakukan kerja membuat gendang dan kompang selagi termampu dan berusaha mencari bahan tersebut untuk meneruskan kelangsungan warisan.

Katanya, dia cuma mampu menyiapkan lima buah gendang ibu, gendang anak serta kompang setiap bulan bergantung kepada bekalan kayu dan rotan serta bahan lain yang dicari sendiri, selain kulit kambing yang diperoleh daripada pembekal luar.

“Saya mendapat tempahan dari seluruh Pahang, Sabah dan Johor malah pernah hantar kepada sebuah pertubuhan pencak silat di Belanda.

“Selain membuat gendang, saya dan rakan membuat persembahan di majlis perkahwinan dan program agensi kerajaan dengan bayaran RM500 hingga RM1,000,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN