1,600 hektar tanah rizab Melayu dinyah warta belum diganti

1,600 hektar tanah rizab Melayu dinyah warta belum diganti

Jajaran paip gas
AMIRUDIN Shari pada Sidang DUN Selangor, di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kira-kira 1,600 hektar tanah rizab Melayu di Selangor yang sebelum ini di­nyah warta sejak zaman penjajahan British masih belum diganti.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ba­gaimanapun Jabatan Audit Negara (JAN) menerusi Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) pada 2021 dan 2022 mengenalpasti kira-kira 1,456 hektar ta­nah sebagai ganti.

Namun, katanya penggantian itu mengambil masa yang lama kerana memerlukan pro­ses seperti perundangan dan sebagainya.

“Maknanya, sebelum ini pun tanah itu tidak diganti. Yang mewarta tanah itu adalah pihak British. Jadi proses untuk mengganti kesemua tanah tersebut mengambil masa yang lama.

“Justeru nasihat daripada Penasihat Undang-Undang Ne­geri adalah lebih baik untuk keluarkan ini (tanah yang di­nyah warta) daripada senarai yang dinyah warta.

“Kalau tidak (mengeluarkan tanah yang dinyah warta), ia akan memberi kesan kepada senarai yang diberikan,” kata­nya ketika menjawab usul Pe­nyata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, semalam.

Jelas Amirudin, bagaimanapun keputusan menggantikan tanah diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan prosesnya me­makan masa lama kerana perlu ikut prosedur Undang-Undang dan Kanun Tanah Negara.

Menurutnya, beberapa projek awam yang menyebabkan tanah itu dinyahwartakan se­perti projek Sungai Way pada tahun 1985, pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Rasau dan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

“Bagi projek Sungai Way, kita menggantikan tanah rizab itu (di sebuah kawasan) yang ber­keluasan 10.11 hektar pada tahun 2024 dan pada tahun hadapan, kita gantikan tanah di Sungai Way ini dengan sebuah kawasan di daerah Gombak dengan keluasan 16.9 hektar.

“Bagi projek ECRL, kita telah ganti sebahagian tanah yang digunakan untuk projek ini di sebuah kawasan di daerah Gombak dengan keluasan tanah 32.3 hektar pada tahun 2023,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×