Sektor pembinaan catat kematian tertinggi di tempat kerja

Sektor pembinaan catat kematian tertinggi di tempat kerja

NGWE Hee Sem merasmikan Sambutan OSH Week 2025 Peringkat Negeri di Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Enam kematian melibatkan empat kes kemalangan di tempat kerja direkodkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di Melaka setakat bulan lalu, menjadikan sektor pembinaan kekal sebagai penyumbang tertinggi insiden berisiko.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, dalam tempoh sama, sebanyak 286 kes kemalangan tanpa kehilangan upaya kekal turut dicatatkan, manakala 10 lagi kes membabitkan kecacatan kekal.

“Statistik menunjukkan sektor pembinaan terus menjadi penyumbang utama kepada kes kemalangan serius terutamanya insiden jatuh dari tempat tinggi.

“Sektor pembuatan pula sering melibatkan kes kecederaan yang membawa kepada kehilangan upaya kekal,” katanya selepas merasmikan Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Week) 2025 Peringkat Negeri di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Katanya, tahun lalu tujuh kes kemalangan direkodkan melibatkan sembilan kematian.

Beliau berkata, operasi dan pemeriksaan keselamatan sentiasa dijalankan bagi memastikan tahap pematuhan dalam kalangan majikan dan pekerja berada pada tahap terbaik.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN