‘Orang calonkan, saya tidak berkempen’

‘Orang calonkan, saya tidak berkempen’

MOHD. AMAR NIK ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menyifatkan pencalonan yang diterima beliau untuk jawatan Timbalan Presiden parti itu ‘masih terlalu awal’.

Beliau berkata, untuk ber­tan­ding jawatan itu beberapa syarat perlu dipenuhi termasuk jumlah pencalonan yang diterima.

“Setakat ini baru Pas Ka­wa­san Pengkalan Chepa yang mencalonkan saya untuk jawatan tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Amar berkata, per­lem­bagaan Pas tidak mengha­lang mana-mana individu menawarkan diri bertanding sebarang jawatan pada pemilihan parti itu nanti.

Katanya, jika pencalonan yang diterima oleh seorang in­dividu itu cukup, Jawatankuasa Pemilih akan menghubungi ca­lon berkenaan.

Mengulas sama ada beliau akan menerima pencalonan itu sekiranya mencukupi syarat, Mohd. Amar sekadar berseloroh dengan memberitahu ‘perlu melihat anak bulan’.

“Saya nak komen macam ma­na pun tak tahu, sebab orang lain yang mencalonkan. Lagipun saya tidak pernah berkempen untuk jawatan tersebut,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Dewan Pemuda Pas Kawasan Pengkalan Chepa mencalonkan Mohd. Amar yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan itu sebagai Timbalan Presiden Pas.

Ketua Penerangannya, Moha­mad Sazwan Mohd. Sakri berkata, pencalonan dibuat sebagai tanda sokongan penuh terhadap kepemimpinan Mohd. Amar yang dilihat mempunyai ketokohan, pengalaman luas serta istiqamah dalam perjuangan Pas di peringkat kawasan, ne­geri dan Pusat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN