Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi

Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Setiu

KEADAAN motosikal Wan Hasbullah Wan Abdul Halim yang terlibat dalam kemalangan maut di Kampung Guntung, Setiu, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU : Seorang pengantin baharu maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kampung Guntung di sini, hari ini.

Difahamkan. mangsa Wan Hasbullah Wan Abdul Halim, 42, baru mendirikan rumah tangga sejak empat hari lalu. 

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata, semasa kejadian mangsa dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menghala ke Jertih. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika tiba di lokasi tersebut, motosikal mangsa dikatakan cuba memotong kenderaan lain tanpa menyedari kenderaan di hadapan hendak memasuki simpang sebelah kanan, ” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Mohd. Zain berkata, ekoran jarak yang terlalu dekat, mangsa tidak sempat mengelak dan melanggar  pintu hadapan sebelah kanan kenderaan terbabit. 

Mangsa kemudiannya disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN