Iran tidak bercadang sambung rundingan nuklear dengan AS - Utusan Malaysia

Iran tidak bercadang sambung rundingan nuklear dengan AS

Abbas Araghchi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
TEHERAN: Iran menegaskan tiada sebarang rancangan menyambung semula rundingan nuklear dengan Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Luar negara itu, Abbas Araghchi.
“Tiada persetujuan atau sebarang perancangan dibuat untuk memulakan semula rundingan. Tiada janji diberikan, malah tiada perbincangan langsung yang berlaku berhubung perkara ini,” katanya dalam satu temu bual yang disiarkan secara langsung di saluran berita rasmi Iran, IRINN.
Menurut Araghchi, pengalaman lalu dengan Washington memberi kesan besar terhadap pendirian Iran pada masa depan.
“Kami pernah melalui pengalaman yang amat mengecewakan dengan AS,
mereka mengkhianati proses rundingan di pertengahan jalan. Pengalaman ini pastinya akan mempengaruhi keputusan kami selepas ini.
“Namun, apa jua keputusan yang dibuat kelak akan berlandaskan kepentingan rakyat Iran, bukan berdasarkan emosi atau pertimbangan sementara yang dangkal,” katanya.
Beliau turut menolak spekulasi mengenai rundingan tidak rasmi yang dikatakan sedang berlangsung di belakang tabir.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×