Terserah MKT UMNO tentukan kedudukan Hishammuddin

Terserah MKT UMNO tentukan kedudukan Hishammuddin

AHMAD Zahid Hamidi melakukan gimik pelancaran MyKirana @KKDW selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan antara Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah Bersama Exco Luar Bandar di Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat keputusan berhubung usul menarik semula keputusan penggantungan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. 

Menurut Presiden UMNO, meskipun tiada sebarang permohonan rayuan oleh Hishammuddin yang diterima sehingga kini, namun MKT masih boleh membuat keputusan jika usul tersebut dibawa selepas dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik parti. 

“Oleh kerana tiada satu pun surat rayuan dari pada pemohon (Hishammuddin) berkenaan, maka kita akan lihat apa yang dikemukakan Menteri Besar Johor (Datuk Seri Onn Hafiz Ghazi) untuk dibincangkan dalam Biro Politik nanti,”  katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis Peluncuran Program Desa Kirana@KKDW di sini semalam.

Sebelum ini, UMNO Sembrong menerusi Mesyuarat Perwakilan Bahagian meluluskan usul yang meminta kepimpinan parti agar menerima semula Hishammuddin yang merupakan bekas Ketua Bahagiannya.

Onn Hafiz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor ketika merasmikan mesyuarat Bahagian Sembrong berkata, beliau berjanji membawa usul itu kepada pucuk pimpinan parti.

UMNO menggantung keahlian Hishammuddin selama enam tahun pada Januari 2023 dan surat penggantungan menyebut beliau melanggar Fasal 20.9 perlembagaan parti dengan tanpa butiran lanjut.

Ahli Parlimen Sembrong itu sebelum ini berkata, beliau enggan merayu kerana tidak mengetahui sebab keahliannya digantung.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×