Orang Melayu perlu kembali bersatu

Orang Melayu perlu kembali bersatu

ORANG Melayu perlu bersatu dalam melaksanakan agenda dakwah dan mecipta kesatuan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMI mahukan orang Melayu bersatu melaksanakan agenda dakwah dan kesatuan untuk mencipta kesejahteraan untuk Malaysia.

Kami menyeru dengan setulus hati kepada setiap lapisan umat Malaysia sama ada pemimpin atau masyarakat awam agar berikhtiar mewujudkan :

– Keperibadian sejahtera, kekeluargaan bahagia dan persekitaran sejahtera – Konsep kesejahteraan umat Islam yang menyeluruh melalui hikmah dan kebijaksanaan.

– Politik sejahtera – Politik yang mengarah kepada kesatuan bukan memecah belah. Tidak bermain dengan sentimen sempit sehingga boleh menimbulkan kebencian serta tidak menggunakan bahan fitnah dan adu domba sesama umat.

– Ekonomi sejahtera – Kemakmuran negara dapat dinikmati dan dimanfaat oleh semua kelompok. Tiada yang tercicir atau pun diketepikan sama ada dari sudut kemudahan mahu pun agihan.

– Sosial sejahtera – Keadilan sosial dapat ditegakkan. Kehidupan individu mahu pun berkeluarga berada pada kualiti yang dibanggakan.

– Teknologi sejahtera – Keupayaan negara dalam mempelopori teknologi yang mampu memberikan impak kelestarian kehidupan rakyat termasuk pengupayaan media sosial yang lebih harmoni.

– Tadbir urus sejahtera – Memastikan urusan pentadbiran meliputi kecekapan untuk mengekang gejala rasuah dan ketirisan dapat dibanteras untuk memelihara kesejahteraan hidup rakyat.

Aspirasi ini akan diperluaskan kepada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO)gerakan sivil, profesional, ilmuwan dan agamawan yang menyokong hasrat ini demi kepentingan masa hadapan negara.-UTUSAN

AMIDI ABDUL MANAN
Pengerusi
Gerakan Kesejahteraan Umat Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×