Litar Antarabangsa Sepang venue perasmian Sukma 2026

Litar Antarabangsa Sepang venue perasmian Sukma 2026

MOHD NAJWAN HALIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan menjadi venue pembukaan rasmi Sukan Malaysia (Sukma) 2026 yang mana Selangor akan menjadi hos temasya dwitahunan tersebut.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri, Mohd. Najwan Halimi berkata, perkara itu telah diputuskan sekretariat  penganjur yang bersetuju untuk mewujudkan suasana kelainan berbanding dengan kebiasaan di stadium seperti penganjuran-penganjuran sebelum ini. 

Katanya, dengan memperkenalkan konsep digitalisasi dalam acara pembukaan itu kelak, penganjuran kali ini akan menonjolkan Selangor sebagai negara maju dari segi ekonomi, pentadbiran dan sukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, Mohd. Najwan berkata, Selangor telah menetapkan sebanyak 28 jenis sukan teras dipertandingkan pada Sukma) 2026 dengan tambahan lima lagi jenis sukan akan diputuskan kemudian oleh jawatankuasa tertinggi temasya itu yang akan dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam masa terdekat.

“Pemilihan lima jenis sukan tambahan itu akan bersifat adil kepada semua negeri. Tidak akan ada sukan-sukan khusus. Kalau mahu kelebihan, kita boleh (pilih) tetapi kita ambil pendekatan bincang dengan negeri-negeri lain,” katanya dalam pertemuan dengan media di sini, hari ini.

Difahamkan, antara permohonan yang mahu acara sukan dipertandingkan pada temasya itu datang daripada catur, kriket, kabadi dan silambam.

Mohd. Najwan berkata, penganjuran Sukma kali ini bertujuan menyediakan platform sukan untuk mencari atlet dan mengenal pasti bakat terbaik tanpa mengira mana-mana negeri untuk diketengahkan mewakili negara di peringkat lebih tinggi.

Sementara itu, katanya, tujuh daerah di negeri ini telah dipilih untuk menjadi venue kepada acara yang akan dipertandingkan berdasarkan kemudahan sukan yang sedia ada, manakala dua lagi daerah iaitu Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih dalam penelitian pihak sekretariat.

Beliau berkata, pemilihan daerah yang akan menganjurkan beberapa jenis sukan itu mengambil kira kemudahan untuk atlet dan fasiliti sukan yang sedia ada.

“Setakat ini 40 peratus kerja-kerja menaikkan taraf dan proses baik pulih kemudahan yang telah sedia ada sudah dilaksanakan. Kita tidak membina fasiliiti baharu untuk temasya ini, sebaliknya kita menggunakan segala kemudahan telah ada.

“Antara yang sedang dalam proses baik pulih dan menaik taraf ialah pusat akuatik, lapang sasar Subang, Stadium Hoki Pandamaran dan beberapa lagi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini