Komitmen Kelestarian KWSP dilancarkan demi masa depan

Komitmen Kelestarian KWSP dilancarkan demi masa depan

MOHD.Zuki Ali (tengah) ketika melancarkan Komitmen Kelestarian KWSP pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2025 (ISWC 2025) di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan Komitmen Kelesta­rian KWSP bagi memastikan masa depan lebih inklusif dan berdaya tahan, selaras cabaran dunia moden yang semakin kompleks.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, pelancaran komitmen tersebut membuktikan peranan institusi itu sebagai pengurus dana persaraan serta pemangkin kepada perubahan struktur sosial dan ekonomi negara.

Katanya, dalam era jangka hayat yang semakin panjang, keselamatan persaraan tidak lagi boleh dipandang ringan, sebaliknya perlu menjadi keutamaan dalam perancangan dasar dan kehidupan masyarakat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, ia perlu dikaitkan secara langsung dengan kualiti alam sekitar, ketahanan komuniti serta kestabilan ekonomi dan sosial negara.

“KWSP kini bukan hanya bertanggungjawab mengurus simpanan pencarum tetapi turut memainkan peranan penting dalam menjamin masa depan yang mampan.

“Setiap pelaburan modal ha­rus memberi pulangan bukan sahaja daripada segi kewangan malah turut menyumbang kepada daya tahan masyarakat secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian ke­tika berucap melancarkan Ko­mitmen Kelestarian KWSP pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2025 (ISWC 2025), di sini semalam.

Mohd. Zuki berkata, inisiatif tersebut berlandaskan tiga tonggak utama, iaitu Tindakan Alam Sekitar bagi memacu pertumbuhan rendah karbon dan daya tahan iklim.

Selain itu, Impak Sosial untuk meningkatkan keterangkuman, kesaksamaan dan kesejahtera­an komuniti serta Budaya dan Tadbir Urus yang menekankan prinsip ketelusan, integriti dan akauntabiliti.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×