Majukan ekosistem keusahawanan negara

Majukan ekosistem keusahawanan negara

SETAKAT ini, seramai 1,361 usahawan seluruh negara mengikuti Program Maju Usahawan Madani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KERJASAMA padu pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, swasta, institusi kewangan dan para usahawan penting bagi membentuk ekosistem keusahawanan yang progresif, mampan dan inklusif.

Sehubungan itu, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) terus komited menyokong pembangunan keusahawanan di seluruh negara yang dilaksanakan oleh agensi-agensi dan institusi pembiayaan seperti Pusat Pembangunan dan Penyelidikan Usahawan (CEDAR) dan SME Bank.

Program Maju Usahawan Madani ialah inisiatif strategik kendalian SME Bank yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 bagi memperkukuh daya saing dan ketahanan usahawan dalam menghadapi cabaran ekonomi. Di bawah seliaan KUSKOP, program ini memberi fokus kepada latihan intensif dan pembangunan kemahiran insaniah selaras dengan Strategi Pemerkasaan Kapasiti Usahawan dalam Perancangan Strategik KUSKOP 2025.

KUSKOP akan terus menyokong inisiatif seperti ini sesuai dengan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030. Setakat ini, seramai 1,361 usahawan seluruh negara mengikuti program ini. Dengan program bimbingan seperti ini yang dilaksanakan oleh CEDAR, anak syarikat SME Bank akan dapat meningkatkan kualiti pengurusan perniagaan para usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) negara kita.

Sejak diperkenalkan, program ini membangunkan pelbagai modul latihan berimpak tinggi, hasil libat urus menyeluruh bersama usahawan.

Setiap modul itu direka untuk memperkukuh ilmu, meningkatkan daya inovasi dan menyediakan usahawan untuk bersaing di peringkat lebih tinggi. Dari segi pencapaian, sehingga Mei lalu, seramai 1,361 usahawan dilatih melalui Program Maju Usahawan Madani di seluruh negara.-UTUSAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×